Meludam 28 Okt 2011-SJKC Chung Hua Meludam telah menganjurkan Pesta Tanglung untuk aktiviti tahunan sekolah ini.Kali terakhir pesta ini adalah tahun 2008 iaitu 2 tahun yang lepas.Pesta pada malam ini agak menarik kerana padang sekolah dinaiki air besar dan mulai surut pada sebelah malam.Namun tidak membantutkan semangat para pengunjung di sekitarnya untuk datang sama memeriahkan pesta tanglung ini.Pesta ini bermula agak kira-kira pukul 8.00 malam dengan acara nyanyian lagu Negaraku,Ucapan Guru Besar,Ucapan dari YDP PIBG dan seterusnya upacara perarakan Tanglung dan Pemarkahan tanglung tercantik.Selesai sahaja perarakan para jemputan dan ibubapa disajikan persembahan oleh murid-murid SJKC Chung Meludam.Kemuncak pesta ini adalah keputusan pertandingan rekacipta Tanglung dan penyampaian hadiah dan Santapan.Kira-kira jam 10 malam Pesta Tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan